Cara Pembayaran

 
Cara Pembayaran Melibatkan Penghantaran by-hand 


Penghantaran by-hand hanya melibatkan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual penghantaran (sila rujuk ruangan penghantaran) . Semua tempahan biskut melibatkan penghantaran by-hand oleh pihak Aneka Bizkut Raya mesti dibayar 50% deposit seperti yang tercatit di dalam invois dan baki dibayar sepenuhnya sewaktu penghantaran dibuat kepada pelanggan.  Invois akan dihantar melalui email.

Hanya tempahan yang telah membayar 50% deposit sahaja dianggap comfirm dan akan di proses. Tiada pemulangan deposit bagi pembatalan tempahan.

Manakala caj penghantaran seperti yang dinyatakan di dalam jadual penghantaran, boleh dibayar secara TUNAI (CASH) sahaja semasa menerima tempahan anda. Sila sediakan wang secukupnya. Kami tidak menerima sebarang bentuk cek untuk caj penghantaran ini.

Cara Pembayaran Self Pickup

Semua tempahan biskut untuk self pickup mesti  dibayar 50% deposit seperti yang tercatit di dalam invois dan baki dibayar sepenuhnya sewaktu pengambilan tempahan dibuat.  Invois akan dihantar melalui email.

Hanya tempahan yang telah membayar 50% deposit sahaja dianggap comfirm dan akan di proses. Tiada pemulangan deposit bagi pembatalan tempahan.

Cara Pembayaran Melibatkan Pos Laju

Semua tempahan biskut  melibatkan pos mesti  dibayar penuh seperti yang tercatit dalam invois. Invois akan dihantar melalui email.

Kos penghantaran dan packaging adalah tanggungjawab pelanggan sendiri. Kos penghantaran melibatkan poslaju dikira mengikut berat barangan. Pihak Aneka Bizkut Raya akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk pemberitahuan segala kos melibatkan penghantaran poslaju. Pihak Aneka Bizkut Raya akan memproses penghantaran selepas pelanggan membuat pembayaran kos penghantaran dan packaging.

Selagi pihak Aneka Bizkut Raya tidak menerima bayaran penuh seperti yang dinyatakan di dalam invois, maka tempahan anda masih belum confirm. Harap maklum bahawa pihak Aneka Bizkut Raya tidak lagi mengambil deposit, ini bertujuan mempercepatkan dan melancarkan proses pengurusan.




Setelah menerima invois daripada pihak Aneka Bizkut Raya, sila buat bayaran seperti yang ditetapkan. Setelah itu sila maklumkan kepada pihak kami berserta dengan salinan bayaran yang dibuat melalui email kepada permata_corp@yahoo.com . Sebarang urusan atau pertanyaan sila berhubung secara online iaitu melalui email.

Sila ambil perhatian bahawa salinan resit bayaran amatlah penting dan wajib disertakan melalui email kepada pihak kami. Jika berlaku sebarang masalah dan anda tidak menyertakan salinan resit, maka pihak Aneka Bizkut Raya tidak dapat bertanggung jawab ke atas sebarang masalah yang timbul.

Bayaran boleh dibuat melalui akaun seperti berikut:

 _________________________________________________________
 NAMA      : NORHIDAYAH BINTI ZAINOL
 NO ACC   : 162106798256
 EMAIL     : permata_corp@yahoo.com
__________________________________________________________

Sudah jelas dengan segala penerangan. sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Aneka Bizkut Raya di alamat email permata_corp@yahoo.com